Merah Sharingan

Naruto
F/M
G
Merah Sharingan
author
Summary
Metro Konoha diserang penjenayah-penjenayah tanpa perasaan insaf, ketika itu muncul sepasang bayang-bayang penumpas kejahatan. Siapakah vigilante ini? Masyarakat menggelar mereka Sharingan dan Chidori. Ketua Polis meminjam Inspektor Naruko, dari Suna untuk menyingkap identiti vigilante tersebut.Merah means red. Bahasa Malaysia is my mother tongue. I am so happy that I can publicly post this. Thank you for reading.
All Chapters Forward

Bisik hati ini

Sakura hanya menjamah beberapa keping kuih sahaja sebelum dia bergegas semula ke pentas lelongan. Ramai orang menghadiri majlis amal itu. Naruko lihat semua hadirin berpakaian cantik-cantik belaka. Tidak ramai lelaki berhimpun di pentas, mungkin mereka berada di luar untuk berbual dan sebagainya.

Naruko memerhatikan Ino Yamanaka, si pengacara majlis menguruskan jejaka-jejaka yang akan dilelong di atas pentas. Lebar senyum Ino apabila dia berpeluang untuk memegang jejaka-jejaka hensem demi menyusun mereka agar kelihatan lebih teratur. Namun pentas itu agak kecil sebenarnya, maka apabila ada lebih daripada sepuluh orang berdiri di atas sana agak sesak pentas itu. Naruko mengikuti jejak Ino yang bergerak mendekati Chouji untuk membincangkan sesuatu.

Chouji mendengar sahaja kata-kata Ino dan dia mengangguk. Pengacara itu mendekati mikrofon yang dipasang pada pemegang mikrofon di hadapannya lalu membuat pengumuman.

“Oleh kerana, kita tidak dapat memuatkan semua jejaka hangat atas pentas, maka kami ingin meminta semua peserta untuk turun dan menunggu di belakang pentas sehingga nama anda disebut untuk acara lelongan. Setelah disebut baru naik. Ok, silakan ke belakang pentas ya.”

Chouji memandang kepada Ino yang kemudian menarik Kiba untuk menuruni tangga yang terletak di tepi pentas. Ino hilang di sebalik tabir diikuti oleh jejaka-jejaka yang menjadi peserta lelongan itu.

Sasuke yang berdiri di hujung pentas menjadi orang kedua terakhir untuk turun daripada pentas. Dia memandang ke arah Naruko sambil mengangkat tangannya dengan ekspresi wajah bosan. Naruko menunjukkan tanda “bagus” dengan tangannya kepada Sasuke. Dia memang tidak menyangka Sasuke boleh membiarkan dirinya dibuat sebegitu rupa untuk hiburan awam. Namun di sebalik itu, sememangnya hati keras kawan baiknya itu lembut kerana ini semuanya untuk majlis amal. Naruko memang sudah lama sedar Sasuke bukanlah sesombong yang orang selalu sangka.

Setelah semua jejaka lelongan turun ke bawah dan pentas kosong, Ino menaiki pentas semula dan memulakan acara. “Baiklah, selamat datang ke acara lelongan amal malam ini. Semua kutipan akan disalurkan kepada badan-badan amal di Konoha. Saya akan mula memanggil jejaka pertama yang akan dilelong. Giliran ditentukan menerusi cabutan undi dengan persetujuan Puan Haruno. Kami mohon semua yang ingin membida boleh berdiri lebih dekat sikit dengan pentas untuk memudahkan sesi membida.

“Kalau duduk jauh-jauh, mungkin kami tak dengar ya tuan-tuan dan puan-puan, nanti terlepas nak bida pilihan hati.” tambah Chouji sambil tersenyum lebar.

Penonton semua tergelak dengan usikan pengacara itu dan seiring dengan permintaannya, mereka mula mara beberapa langkah ke hadapan. Naruko ikut melangkah sama namun tiba tiba dia berasa bahunya dipegang. Dia berpaling ke arah tangan yang menariknyaa, rupanya Sakura yang menghentikan langkah Naruko.

Sakura menarik bahu Naruko dan berbisik, “Nah, untuk kau. Kau harus bida Sasuke untuk aku kerana aku mahu bida Itachi untuk Mama.”

“Ah, aku tiada wang banyak sekarang,” ujar Naruko terperanjat dengan permintaan itu. Dia agak kehabisan wang sebenarnya. Perpindahannya ke Konoha walau sementara melibatkan kos dan dia belum membuat tuntutan elaun berpindah daripada pejabatnya. Duit simpanannya baharu sahaja habis digunakan untuk memperbaiki rumahnya di Suna sebelum disewakan kepada orang lain. Naruko benar benar kaget.

Sakura tersenyum dan berkata, “Tak mengapa, jangan bida lebih 50,000 sudah. Itu sahaja bajet aku.”

Naruko cuba mengelak lagi, “Aku tak berani…”

“Kau sanggup melihat Puan Sri Mei Terumi membawa Sasuke ke Majlis Ulang Tahun Konoha hujung bulan ini?” Sakura bertanya sinis?

Naruko mencekik dan sekaligus menjeling ke arah orang ramai, namun tiada kelihatan Puan Seri Mei. Lalu dia berkata, “Macam tak je." Dia cukup kenal Puan Seri Mei, dia merupakan saudara kepada Datuk Bandar Suna dan sering ditampilkan dalam ruangan gossip majalah.

“Oleh itu, tolong aku. Jom-jom ke hadapan. Kau jangan risau pasal wangnya ya, Mama dah sediakan semua. Kita cuma perlu menyelamatkan kawan-kawan kita sahaja.”

Sakura melepaskan bahu Naruko dan terus ke hadapan. Naruko masih was-was namun dia tetap menyusul selepas Sakura. Mereka berdiri betul-betul di hadapan pentas menunggu acara bermula.

“Ok, tanpa lengahkan masa lagi kita mulakan. Jejaka ini, berambut hitam, berkhidmat sebagai pelindung masyarakat, berusia 27 tahun, dan hobinya berseni. Jika anda berjaya bida jejaka ini, mungkin anda boleh minta dia melukiskan potret anda sebagai sebahagian pakej. Silakan ke penyas Detektif Sai Root,” Chouji menyambung.

Naruko berasa agak terperanjat apabila rakan sekerjanya yang dianggap ganjil itu menjadi peserta pertama. Siapa pula akan membidanya ya, tanya Naruko dalam hati. Namun tanpa disangka Sakura menjadi pembida petama apabila dia mengangkat paddle ping pongnya untuk  memulakan bidaan.

“Saya mulakan bidaan 5000 yen. Kalau boleh kita mahu mulakan dengan jumlah yang memberangsangkan malam ini, kan semua?” tanya Sakura kepada para hadirin.

Sebagai balasan, semua gadis dalam kalangan hadiran menepuk tangan dan bersorak.

“Ah, nampaknya tuan rumah kita sudah memulakan acara. Seterusnya, siapa mahu membida lebih tinggi daripada Cik Sakura?” Chouji menambah daripada atas pentas.

Tiba tiba Ino menolak Naruko ke tepi dan berdiri antara dia dan Sakura. Wanita itu mengenyit matanya pada Sakura dan Naruko lalu mengangkat paddle bidanya dan menjerit, “Aku mahu bida 5500 yen!”

Chouji menunjukkan tanda bagus kepada Ino dan berkata kepada para pembida, “Nampaknya Cik Ino kita sudah join anda semua. Ada sesiapa mahu tandingi bidaan ini?”

Naruko setelah ditolak ke tepi oleh Ino, memberi ruang lebih luas kepada gadis itu dengan bergerak ke tepi. Sakura pula tidak kisah ditolak ketepi malahan mengangkat paddle ping pongnya untuk menaikkan bidaan.

“Aku naikkan 7700 yen,” ujar Sakura sambil mengenyit mata kembali kepada Ino.

“Maafkan aku Naru-chan, inilah masa untuk aku beraksi’" ujar Ino kepada Naruko dan terus mengangkat paddle ping pongnya dengan agresif dan membida, “Aku nak bida 8000 yen,” laung si Ino kepada Chouji.

Naruko bersyukur dia sudah berdiri agak jauh daripada Ino yang sedang bergerak ganas itu.

Chouji tersenyum dan berkata,“Baiklah, nilai bidaan 8000 untuk Sai, siapa lagi mahu tandingi jumlah itu?”

Karin Uzumaki tiba-tiba muncul daripada belakang dan mengangkat papan bisanya, “Rendah sangat jumlah itu, inikan untuk kerja kerja amal. Aku bida 8500 yen.” Karin kemudian memandang ke arah Sai sambil mengenyit mata. Sai membalasnya dengan memberi  flying kiss kepada gadis berambut merah itu.

Naruko tersengih sahaja memandang sepupunya membuat bidaan. Karin mula merapati Naruko dan mencium pipi sepupunya itu lalu berbisik, “Tak sangka jumpa kau di sini. Mama baru suruh aku datang jemput kau untuk makan malam esok.”

Pada masa yang sama Ino membuat muka tak puas hati dan kemudian mengangkat papan bidanya, “Aku bida 10,000 yen!”

Chouji bertepuk tangan dan kemudian menunjukkan tanda bagus kepada Ino. Sementara itu hadirin mulai kecoh, dan Sakura pun berteriak, “Permulaan yang bagus!”

“Baiklah, 10,000 untuk Sai Root. Siapa lagi mahu menandingi bidaan ini?” Chouji bertanya keapda para tetamu namun tiada lagi bidaan datang.

“Ok, 10,000 satu untuk Sai,” dan dia menunggu respon seterusnya pada tetamu, namun tiada.

“10,000 dua untuk Sai, 10,000 ketiga untuk Sai dan bidaan ditutup. Dengan itu saya menutup lelongan 10,000 yen Detektif Sai Root, bidaan paling tinggi untuk Cik Ino Yamanaka. Terima kasih! Seterusnya kita ada Sasori yang kita pinjam daripada Suna khas untuk malam ini.”

Ino lantas menjerit kegembiraan dan menjeling ke arah Sakura dan kemudian Karin. Dia terus menaiki pentas dan mengambil semula mikoronnya yang diletakkan pada mic stand dia atas pentas.

“Sai, tunggu saya selepas acara ya,” ujar Ino kepada jejaka itu yang melemparkan flyingkiss kepada Ino pula. Ino menangkap ciuman itu dengan sengih besar.

Sakura mendekati Naruko dan berbisik kepada Naruko, “Objektif kita malam ini ialah untuk membuatkan jumlah kutipan derma pergi semaksimum mungkin. Kita tak boleh beli semua, tapi kita perlu beli Sasuke dan Itachi sebab mama aku dah amanahkan kita. Kau tolong kami ya Naruko.”

Naruko mengangguk dan senyum kelat. Selalunya dia bukanlah jenis mengikut cakap orang, tapi setelah sekian lama tidak berjumpa rakan-rakan rapatnya apatah lagi ini ialah majlis amal, dia agak rela hati untuk mengikut rentak mereka. Inspektor Naruko Uzumaki yang serius dan tegas ditinggalkan di pintu masuk dan yang ada sekarang, Naruko Uzumaki rakan rapat Sakura dan Sasuke. Ini bukan pembulian tetapi hiburan sahaja, pujuknya dalam hati.

Suara Chouji menghentikan debat hati Naruko, “Masih ada sebelas orang lagi jejaka yang bakal dilelong.”

Chouji kemudian merujuk kepada sebuah kertas dan membuat pengumuman, “Seterusnya ialah veterinar muda harapan Konoha, Kiba Inuzuka.”

Naruko ditarik ke tepi oleh Sakura, “Hey beb, kita pergi makan dahulu. Aku sangat sibuk dengan persiapan sejak tengah hari tadi, dan hanya sempat sarapan sahaja. Jom ke meja makan.”

Sakura kemudian menarik bahu Karin rapat ke mulutnya dan berkata, “Kau cuba untuk naikkan bidaan bagi Kakashi dan Suigetsu ya, aku rasa mereka selepas ini. Atau kau memang akan bida untuk Suigetsu sahaja?”

Karin terus tersenyum senget dan mengangguk kepada Sakura, "Kalau mama kau dah suruh aku ikut sahaja. Baiklah, korang mahu ke mana?”

“Mahu pergi makan, kau mahu ikut?” pelawa Sakura.

“Tak mengapa, Naru-chan aku hantar kau pulang selesai majlis nanti ya,” ujar Karin.

“Ok,” jawab Naruko. Dia tahu Sasuke pasti akan pulang lewat apabila terlibat dengan aktiviti seperti ini jadi mungkin lebih baik dia pulang dengan sepupunya itu.

Setelah itu, Naruko dan Sakura pergi makan di meja bulat yang disediakan di satu bahagian lain dewan itu.

“Bagaimana ibu dan bapa kau, Naruko? Sejak mereka berpindah ibu aku pun jarang berbual dengan ibumu kecuali semasa cuti perayaan sahaja.”

“Hmm, sihat seperti biasa. Ibu dan Ayah ada merancang nak bercuti ke sini tapi tahun hadapan kot,” Naruko berkongsi cerita tentang ibu dan bapanya.

Naruko dan Sakura sama-sama anak tunggal dalam keluarga mereka, jadi keluarga mereka mudah berkawan kerana persamaan itu. Ibu-ibu mereka sering bertemu semasa mereka masih muda di kelas menjahit, kelas gubahan bunga atau majlis-majlis keraian yang dianjurkan oleh pihak tempatan. Ayah Sakura ialah pemilik syarikat pengeluar lori dan jentera berat dan memulakan perniagaan dengan menawarkan lori sewaan sehingga kini menjadi pembekal. Naruko kagum keluarga Sakura berjaya sehingga ke tahap ini daripada sebuah syarikat kecil sahaja.

“Mana ayah dan ibumu Sakura?” tanya Naruko. Dia baru terperasan yang dia tidak sempat bertemu ibu dan bapa Sakura langsung ketika sampai ke rumah itu. Ibunya Kushina pasti akan menjentiknya jika dia tahu bahawa anaknya tidak menyapa tuan rumah sejurus setelah tiba.

“Mereka dalam bilik khas sedang berbincang sesuatu, mereka kata sekejap sahaja. Sebab itu Mama wakilkan aku dan kau untuk bida Sasuke dan Itachi. Mama mahu menyelamatkan mereka daripada gadis-gadis kaya itu. Haha. Aku ingat mahu membalas dendam pada Sasuke kerana selalu menolak undangan aku selama ini, namun Mama pula ingin menyelamatkan dia. Mama kata, dia ibarat anak Mama juga jadi takkan dia nak tengok Sasuke dibuli wanita-wanita itu."

Naruko tergelak dan mereka duduk di sebuah meja, dan tidak lama kemudian seorang pelayan merapati meja mereka. Naruko perhatikan yang dia sedang menolak sebuah troli bertingkat penuh dengan mangkuk bertutup. Setelah pelayan itu tiba di mejanya dia bertanya kepada Sakura.

“Ayam, daging atau ikan cik?” tanya pelayan itu.

“Makanan malam ini semua disediakan oleh bapa Chouji dan kita juga ada ramen daripada Ichiraku. Kau masih suka ramen? Eh, lupa nak kau nak hidangan ayam, daging atau ikan, Naruko?”

“Ikan,” jawab Naruko.

“Dan saya mahu daging,” kata Sakura.

Pelayan itu kemudian memilih hidangan dan meletakkan hidangan yang diminta di atas pinggan mereka. Setelah itu pelayan itu berlalu ke meja lain yang sudah mula dipenuhi tetamu.

"Kalau aku tau kau nak datang, aku sediakan ramen juga. Kau masih makan ramen untuk sarapan juga ke?


Naruko tersenyum dengan pertanyaan Sakura, “Ya aku masih suka ramen, kadang-kadang untuk sarapan. Malahan aku baru sahaja makan beberapa jam sebelum ke sini... sebelum Sasuke memaksa aku menaiki keretanya untuk ke sini.” Naruko rasa dia dah beritahu Sakura yang dia baru makan ramen, tapi tak mengapa. Sakura mungkin juga sudah tidak biasa dengan rutin Naruko, malahan Naruko pun sudah lupa apa makanan kegemaran Sakura.

Sakura membeliakkan matanya, namun kemudian tergelak. “Ah. Aku tidak tahu langsung kau ada di Konoha, Sai tak ada bagitahu pun... yela dia polis, kau polis. Jika aku tahu awal sedikit pun, sudah pasti aku akan jemput kau ke sini Naruko dan suruh pembantu aku carikan ramen. Kita masih kawan rapat, walaupun kita jarang berkongsi kisah. Aku tahu kau sudah pangkat Inspektor sekarang dan banyak kes-kes high profile kau selesaikan, yang mana aku hanya tahu apabila ia masuk mahkamah dan pemberita keluarkan gambar kau sedang menghadiri mahkamah. Sekurang-kurangnya kelas solekan kita dulu tidaklah sesia ya,” kata Sakura sambil tersenyum.

Sakura kemudian mencapai garfunya dan mula mencucuk daging yang terhidang di atas pinggannya. Matanya tertumpu kepada daging itu, lalu dia bersuara lagi, “Ya, aku tak kisah kau jarang menyapa aku di media sosial kerana Sasuke pun tiada langsung media sosial kecuali page untuk Uchiha Corps sahaja. Tapi, kau di sini hari ini dan aku berasa gembira. Terima kasih kerana datang ya, Naruko.”

“Terima kasih kerana memahami Sakura, aku pun kesal tidak stay in touch. Tapi seperti kau katakan ada banyak kes yang aku uruskan dan ia memerlukan konsentrasi.” Kata-kata Naruko terhenti di situ dan dia memerhati Sakura mencucuk dagingnya namun tidak memakannya.

Sakura memandang Naruko kembali “Eh jomlah makan, sekurang-kurangnya jamah.”

Naruko mengangguk dan mula memotong kepingan ikan Dory panggangnya untuk makan. Dia sudah tidak sekenyang tadi dan kemudian melihat Sakura mula makan.

“Aku memang faham sebab Itachi pun macam itu,” kata Sakura.

Naruko memandang Sakura dengan pelik sambil mengunyah ikannya, “Sejak bila kau berkawan dengan Itachi? Bukankah dia berusia enam tahun daripada kita?”

“Sebenarnya selepas kau berhijrah, aku dan Sasuke, kami cuba untuk menjalin hubungan lebih daripada kawan. Tapi, aku dapati dia tidak serasi dengan aku. Apabila Sasuke seringkali pergi luar negara dan senyap tanpa berita, aku mengadu pada Itachi. Itu silap aku.”

“Ah. Bagaimana kau dan Sasuke sekarang?”

“Kami berkawan macam kita bertiga dahulu, tapi, biar aku sambung cerita jadi kau lebih jelas. Kami hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Itu pun Sasuke, sentiasa sibuk, hmmm memang tak ada jodoh antara kami senang cerita. Kami lebih selesa bergaduh sebagai kawan daripada sebagai kekasih. Tapi aku dan Itachi, kami menjadi lebih daripada kawan biasa. Walaupun dia kadang kadang jarang jumpa aku juga."

Sakura tersenyum semakin lebar dan menyuap daging ke dalam mulutnya. Naruko mengangkat keningnya kepada Sakura tetapi tidak kata apa-apa dan membiarkan mereka menikmati makanan mereka sebelum dia mendengar sambungan cerita Sakura lagi.

 


 

 

Di sebuah rumah di hujung kota Konoha duduk tiga orang berbincang. Salah seorangnya lelaki berusia lewat empat puluhan. Ada tiga koma berpusing mengelilingi sepasang mata merahnya. Pemilik sepasang mata Sharingan itu bersuara, “Kau pasti kau akan berjaya mempengaruhi Sasuke untuk ke sana? Hanya dia sahaja yang kita pasti tiada Sharingan, tidak boleh mempertahankan diri jika berseorangan dan kurang diperhatikan. Itachi dan Shisui sudah mula berjaga-jaga. Aku yakin hanya Sasuke sahaja yang boleh kita manipulasi untuk kelahiran semula Rinnegan itu, dan aku perhatikan tiads tanda-tanda Sasuke sedang dilindungi Itachi.

Di hadapan pemlik mata merah itu ada wanita berambut dan bermata putih. Dia melihat lelaki mata merah itu tanpa gentar dan berkata, “Kau pasti Rinnegan itu hanya boleh dilahirkan semula padanya? Dia langsung tiada Sharingan seperti Itachi dan Shisui, manakan pula untuk melahirkan Rinnegan.”

“Aku akan dapatkan buktinya, tapi Tuanku harus biaya aku dahulu untuk permulaan,” ujar si mata merah.

Wanita bermata putih tertawa panjang. Apabila dia berhenti dia tersenyum dan bertanya, “seratus ribu cukup?”

“Lebih daripada cukup,” jawab si mata Merah tersenyum. "Apabila kita ada Rinnegan itu warisan Uchiha akan kembali menjadi sebutan, bukan sahaja di Konoha, malahan di seluruh dunia.

 

“Jika Rinnegan itu gagal dilahirkan, aku akan penggal kepala kau dan ambil biji mata kau untuk koleksi aku.”

 

Mata merah tidak langsung kelihatan takut dengan, ugutan itu, malahan terus tersenyum. Dia bertanya, “Siapa calonnya?”

 

"Aku mahu kau ikuti dia,” Puteri bermata putih memberi amaran.

 

“Bukan warisan Uchiha sahaja yang akan kembali berkhidmat untuk Tuan Puteri, malahan semua warisan Uzumaki, Hyuga dan juga Senju. Semua keturunan yang pernah berkuasa suatu masa dahulu."

 

“Inspektor Naruko, aku ingin menjadikan dia pengganti aku,” Puteri berkata, memotong kata kata si mata merah.

 

“Tuanku Puteri Kaguya, apa sahaja Tuan Puteri mahukan akan menjadi realiti dengan adanya Rinnegan. Aku janji semua akan tercapai.”

Puteri Kaguya tersenyum simpul dan menutup matanya.

 

“Tidak lama lagi,” kata si Mata Merah sambil menjeling kepada pembantunya. Pembantunya cepat-cepat mengangguk, tanda bersetuju dengan kata-kata si tuan.

 


 

Sebaik sahaja Naruko dan Sakura kembali ke pentas bidaan Chouji membuat pengumuman, “Kini giliran paling kita tunggu untuk malam ini, Sasuke Uchiha untuk dibida!”

Semua gadis dan sebahagian kecil wanita lebih tua bersorak dengan pengumuman itu. Sasuke naik ke atas pentas dengan berlagaknya, wajahnya seakan tidak kisah dengan tetamu-tetamu di hadapannya. Naruko ingin sahaja menanggalkan kasutnya dan baling ke arah Sasuke agar jejaka itu sedar diri sikit. Jika dia tidak ingin datang langsung mengapa tidak ke luar daerah sahaja. Namun sebaik sahaja Sasuke naik ke pentas dia terus senyum kepada para hadirin. Naruko ikut tergelak dan menunjukkan thumbs up pada rakannya itu.

“Ya, senyuman yang merentap jiwa anak-anak muda Konoha. Oh dan juga mak kepada anak-anak dara Konoha,” ujar Chouji mengusik majlis.

Sakura pula bersorak bingit di sebelah Naruko sambil berwisel. Naruko bertanya-tanya bagaimana mereka berdua boleh tidak serasi padahal Sasuke dan Sakura kedua-duanya dinobatkan pasangan paling serasi semasa mereka senior di sekolah dahulu.

“Ok kita mulakan bidaan, siapa mahu mula?”

Chouji melihat ada lebih kurang sepuluh paddle bida dinaikkan dan mula bertanya seorang pembida demi seorang pembida.

“5500!” pembida satu menjerit.

“8000!” pembida dua membantah dengan menawarkan bidaan lebih tinggi.

“8500!” pembida ketiga.

“9000!” pembida seterusnya.

Semakin lama semakin tinggi harga ditawarkan pembida. Chouji akan menjadi sangat sibuk nampaknya pada sesi bidaan Sasuke.

Naruko mengangkat paddlenya tapi Sakura menjerit, “Naruko ingin bida 11000!” Namun rupanya baharu Naruko sedar bahawa Sakura sebenarnya telah mengangkat tangannya untuk membida bagi pihaknya.

Chouji tergelak, “Ah bolehlah cara begitu, Baiklah 11,000 kini untuk Sasuke. Ada mahu cabar bidaan ini?”

Lima pembida yang membida harga sebelum itu mencabar dengan jumlah bidaan 13000, 15000, 15500, 16000 dan 17000 ribu masing-masing.

Chouji bertepuk tangan dan mengumumkan bidaan terkini, “Nampaknya bidaan Sasuke paling tinggi mencecah 17000 kini untuk Sasuke. Ada mahu beri cabaran pada bidaan ini?”

“Saya bida 19000 untuk dia,” ujar Puan Sri Mei Terumi. Seluruh dewan berpaling kepada wanita yang baru muncul dalam dewan itu.

“Maaf, saya terlambat. Ada pertemuan penting. Tapi saya sudah tiba untuk memenangi seorang jejaka malam ini.”

Sasuke hanya berdiri santai di atas pentas dan mengangguk kepada wanita jauh lebih tua itu, namun dia tidaklah seusia lanjut Puan Mikoto jadi tidaklah pelik jika dia ingin bertemujanji dengan Sasuke. Perkara itu membuatkan Naruko mengerut dahi melihat interaksi antara mereka berdua.

Sakura pula mengetap bibirnya dan terus berbisik kepada Naruko. “Sayangnya Mama hanya bagi 50000 untuk seorang. Aku harap kau berjaya, cepat teruskan bidaan.”

Naruko mengangguk dan dengan gugupnya menyambung bidaan, “Saya bida 21000 untuk Sasuke.”

“Ah masih ada lagi yang tertinggi. Peringatan mesra ya hadirin, kita hanyalah untuk beramal malam ini dan harap tidak menjadikan ini persaingan hebat antara kita. Ok, kita sambung lagi sudah 21,000 kini untuk Sasuke. Ada mahu cabar bidaan ini?”

Puan Sri Mei hanya terdiam pula kali ini. Naruko berpaling ke arah wanita berstatus VIP itu. Rupanya pembantunya sedang berbisik kepadanya. Selesai mereka berbisik kepada Puan Sri Mei, wanita anggun bergaun biru itu berkata. "Saya tidak mahu membida lagi kerana saya dengar Itachi Uchiha ada di sini ya malam ini."

Dewan bersorak dengan pertanyaan itu dan Chouji mengangguk. “Ok, dengan itu kita mulakan untuk tutup bidaan buat Sasuke. Jika ada sesiapa mahu cabar, masih sempat ya.”

“Bidaan 21,000 satu untuk Sasuke!” umum Chouji. Namun hadirin senyap.

“Bidaan 21,000 dua untuk Sasuke!” umum Chouji. Namun hadirin seakan disumpah menjadi batu.

“Bidaan 21,000 terakhir untuk Sasuke!” umum Chouji. Namun tiada bidaan lain.

“Oleh itu bidaan ini dimenangi oleh saudari Naruko Uzumaki,” jerit Chouji. Dia mengangkat tangannya dan menunjukkan tangannya ke arah Naruko yang sedang berdiri terpinga-pinga.

Saat itu mata Naruko memandang ke arah Sasuke dan jejaka itu mengangguk dan senyum lebar. Sakura pun bersorak dan Karin tiba-tiba muncul di sebelah Naruko untuk memeluk erat sepupunya itu. “Ah, kau menang salah seorang lelaki idaman aku la cousin.”

Sakura tergelak, “Kau ni banyak sangat lelaki idaman Karin, aku harap kau dapat Suigetsu je.”

Daripada atas pentas suara Ino pula mengganti suara Chouji, “Kita bagi peluang kepada Chouji untuk berehat, jika saudara lapar lagi boleh ke meja makan dan kita ada sajian sedap malam ini. Dan seterusnya kita mulakan bidaan untuk Nara Shikamaru, anak tunggal kepada Panglima Tentera Darat kita kalau siapa tak kenal. Dia juga ialah seorang peguam dan kini memiliki firma di Tokyo.”

Naruko sudah tidak mengendahkan sesi bidaan itu apabila dia tersedar bahawa dia dengan mudahnya memenangi bidaan ke atas Sasuke. Dia tertanya-tanya apa yang dia perlu buat selepas itu. Adakah dia perlu membawa Sasuke ke mana mana?

Karin menarik tangan Naruko dan membawa Inspektor itu ke belakang pentas. Naruko ikut sahaja, belum sempat mereka ke sebalik tabir yang memisahkan antara bahagian tetamu dan belakang pentas, Sasuke pula muncul di hadapan mereka.

“Ah, jom kita pulang,” ujar Sasuke. “Tanggungjawab aku dah selesai, terima kasih.”

“Sasuke, Karin janji akan hantar aku pulang. Tak apelah, kau teman Itachi,” ujar Naruko. Dia tidak tahu bagaimana mahu berada dalam ruang kecil dengan jejaka yang baru dibidanya. Jika boleh dia mahu larikan diri dan bersembunyi di suatu sudut sementara majlis membida orang lain, tetapi Sasuke lebih cepat mendapatkan Naruko.  

“Hmmm, Itachi ibarat menetap di sini sahaja. Tapi jika kau mahu pulang bersama Karin, aku tidak dapat memaksa kau balik bersama aku...” kata Sasuke.

Karin tertawa dan berkata, “Ah Naruko kau tak cakap pun yang Sasuke yang bawa kau ke sini. Tak apalah, kau pulang dengan dia sahaja. Ok bye.” Kemudian Karin hilang daripada situ dalam sekelip mata.

“Kau dah makan?” tanya Sasuke.

“Dah, aku makan bersama Sakura. Mmm, aku mahu pulang untuk tidur. Aku datang sini sebab kau paksa lagipun,” kata Naruko, sambil cuba menyembunyikan gugupnya.

Sasuke tersenyum kecil dan mereka berjalan menuju ke pintu utama. Sakura tidak ada pula mengekor mereka kali ini. Naruko cuba-cuba mengerling sana sini mencari rakannya itu tetapi tidak kelihatan.

“Jom ambil angin dahulu sebelum pulang, lama tak melepak dengan kau,” pelawa Sasuke. 

“Ok,” Naruko jawab.

Mereka berjalan keluar daripada rumah itu dan turun ke bawah. Mereka terus berjalan hingga tiba di pagar batu yang memagari bahagian hadapan rumah itu.

“Kau kelihatan cantik malam ini. Aku hampir pasti Sakura akan bida aku sehingga selesai, tapi aku juga berharap kau yang akan membida aku.”

“Ah itu, Sakura yang paksa.”

“Haha. Hmm, dia pasti ada memasang strategi macam tu,” Sasuke tertawa.

Sasuke melihat bulan yang tertutup dek awan di langit. Dia menghembus nafasnya dengan agak kuat dan menggosok-gosok tangannya demi untuk mendapatkan haba kerana malam semakin sejuk pula.

“Aku selalu ingin lari daripada semuanya semasa muda, namun Konoha tetap berada di sini. Setelah lama-lama aku tidak dapat nafikan bahawa di sinilah di mana hati aku berada walau sejauh mana aku cuba lari. Kau pula bagaimana?” tanya Sasuke.

Naruko senyum pada mulanya, membiarkan kata-kata Sasuke berlalu di hati dan fikirannya. Kemudian dia turut melihat bulan dan menjawab, “Tugas membawaku ke merata dunia. Lebih banyak pengetahuan aku kutip lebih untung majikan aku dan dunia polis. Dunia semakin global, cabaran kami sebagai pemegang amanah menjaga undang-undang juga semakin pelbagai. Konoha masih sebahagian daripada diriku walau jauh aku berhijrah kerana di sini aku mengenali rakan-rakan macam kau dan Sakura.”

Sasuke berpaling kepada Naruko dan bertanya, “Bolehke kalau aku nak melawat kau di Suna apabila kau pulang nanti?”

Naruko senyum dan menjawab, “Boleh je. Tapi aku tak pasti jika orang sana boleh toleransi terhadap jejaka moody macam kau, selain ibu bapa aku. Mereka anggap kau perfect.”

“Begitu?” tanya Sasuke. Tiba-tiba pipi jejaka itu bertukar pink.

Naruko mendekati Sasuke dan mencuit pipi jejaka itu, “Kau dah kenapa? Kali terakhir aku nampak kau blushing begini ialah apabila kau ternampak Karin hanya memakai baju dalam semasa kau datang ke rumah aku tanpa sebarang pengumuman.

Sasuke cepat-cepat menepis tangan Naruko, “Ah tidak ada apa.”

Naruko tertawa sambil cepat-cepat menarik tangannya kembali sebelum Sasuke sempat menepis.

“Jika kau ada masa terluang, telefon aku.” Sasuke mengeluarkan kad namanya dan memberinya pada Naruko.

“Ok, tapi aku tak tahu bila. Pertemuan kita malam ini pun nasib sahaja.”

Sasuke tersenyum sinis dan menarik Naruko ke arahnya dan menghadiahi gadis itu dengan ciuman di pipinya. Sejurus ciuman itu singgah di pipi Naruko, dia berkata, “Terima kasih untuk malam ini.”

Naruko mengangkat kening dan kali ini mukanya pula yang bertukar menjadi pink.

Sasuke pura-pura tak tahu dan sambung melihat bulan lalu berkata, “Jomlah aku hantar kau pulang. Pasti kau mahu berehat sebelum bekerja Isnin.”

Naruko terkebil-kebil dengan apa yang baru terjadi. Selama dia hidup tidak pernah ada mana-mana jejaka yang bukan keluarga menciumnya. Dia masih berdiri dalam kekeliruan sehinggalah Sasuke berkata, “Baiklah aku pulang dahulu. Baik kau naik ke atas, cuaca makin sejuk ni.”

Naruko terus automatik naik ke bilik hotelnya seperti dipukau. Ciuman itu memang membuatkan dia terpukau.

Forward
Sign in to leave a review.