Merah Sharingan

Naruto
F/M
G
Merah Sharingan
author
Summary
Metro Konoha diserang penjenayah-penjenayah tanpa perasaan insaf, ketika itu muncul sepasang bayang-bayang penumpas kejahatan. Siapakah vigilante ini? Masyarakat menggelar mereka Sharingan dan Chidori. Ketua Polis meminjam Inspektor Naruko, dari Suna untuk menyingkap identiti vigilante tersebut.Merah means red. Bahasa Malaysia is my mother tongue. I am so happy that I can publicly post this. Thank you for reading.
All Chapters Forward

Teman

Naruko tidak menyangka malam pertama dia berada di Konoha akan dihabiskan bersama Sasuke, rakan lamanya daripada zaman sekolah. Rancangan asalnya untuk hanya makan malam, membeli-belah beberapa barangan keperluan dan kemudian pulang ke hotelnya HANGUS!

 

Sedang kereta itu meluncur keluar daripada pusat metro dan menuju ke rumah Sakura, hati Naruko semakin gundah gulana. Dia sudah bersedia untuk menghadapi kes Sharingan yang penuh cabaran itu, namun untuk bersemuka dengan rakan-rakan lamanya tanpa persediaan mental, dia berasa GEMENTAR! Jika dia boleh menulis semua perasaannya pada ketika ini, Naruko pasti menggunakan huruf besar sahaja berserta tanda seruan.

 

Sedang dia lemas dalam ombak emosinya, sedar-sedar kereta itu sudah tiba di perkarangan sebuah rumah mewah lima tingkat. Namun kerana hari sudah gelap Naruko tidak dapat mengenal pasti di kawasan pinggiran bandar Konoha dia berada. Dia hampir lupa di mana rumah-rumah rakannya.

 

Sasuke pula sudah berada di luar pintu.  Naruko dan lantas membuka pintu kereta itu apabila dilihatnya Naruko masih duduk dalam keretanya dengan dahi berkerut. Sasuke menghulur tangan pada gadis itu dan berkata, “Usah risaulah Naru, dah berapa lama kau kenal kami untuk berasa gusar sebegini. Jom.”

 

Naruko hanya mampu menggerakkan tangannya untuk menyambut tangan Sasuke secara autopilot. Dia memang rapat dengan Sasuke suatu masa dahulu, malahan mereka lebih kerap bercakaran daripada beraksi seperti rakan baik normal. Hanya sejurus apabila mahu habis sekolah baharu Sasuke melayannya seperti seorang gadis.

Naruko sempat melirikkan matanya pada kereta mewah Sasuke yang diletakkan di hadapan laman rumah mewah Sakura. Dia ingat bagaimana mereka pernah keluar bersama-sama dengan kereta itu bertahun-tahun dahulu. Ketika itu Sasuke baharu mendapat lesen memandu.

 

Naruko kemudian baru perasan bahawa rupa kereta itu masih kelihatan baik walaupun sudah berusia hampir dua dekad. Lalu Naruko hilang gemuruh dan tersenyum, dia pun menyapa Sasuke, “Kau memang cermat ya, masih pakai kereta pemberian ibu kau ini. Kau Java elok.”

Sasuke senyum kembali dan menjawab, “Jika masih elok buat apa ganti. Jika sudah terpaut, aku setia je.”

 

Ayat itu berbaur semacam, namun Naruko tahu Sasuke suka bermain ayat-ayat bunga. Jika tidak manakan Sasuke boleh menjadi penulis cerpen ketika zaman sekolah. Namun sehebat mana pun dia bermadah dan menjadi pujaan ramai, Sasuke tidak pernah ada teman wanita dan hanya Naruko dan Sakura dibenarkan berada di sampingnya sepanjang mereka berkawan.

Sasuke sangat kaya, kebanyakan rakan-rakannya di Konoha kaya-raya. Naruko tahu Sasuke memang memiliki barang-barang yang mahal harganya, baju ke kelasnya sahaja berharga beratus-ratus ringgit sehelai. Walhal rakan-rakan mereka seperti Kiba dan Shikamaru hanya mengenakan kemeja berharga tidak sampai seratus Ryo (mata wang Konoha) walaupun mereka juga daripada keluarga berada.

“Mengapa kau tidak hubungi kami sekian lama,” tanya Sasuke memecah sepi antara mereka.

 

Sesungguhnya sepanjang setahun lalu Naruko banyak mendedikasikan hidupnya untuk menyiasat kes Sharingan, namun semakin lama dia menyiasat semakin sukar jadinya. Namun dia tidak boleh berkongsi kisah itu dengan Sasuke buat masa ini.

“Hidup berubah. Itu alasan aku.”

 

Naruto bertuah kerana Sasuke tidak banyak soal, dia hanya mengerling Naruko sambil membawa rakannya itu menaiki sebuah tangga menuju ke bahagian belakang rumah. Naruko yakin bahawa rumah Sakura sudah banyak berbeza berbanding dahulu. Dia berpendapat mungkin ibu bapa Sakura mengubah suai rumah ini untuk meluaskan kawasan rumah mereka.

“Majlis apa ni?” tanya Naruko mengubah tajuk.


“Majlis amal.”

“Yelah, majlis amal macam mana? Terangkan kepada aku, kita ada masa lagi ni kan?”

“Hmmmm, Majlis Amal mengutip dana untuk Konoha. Kau akan faham apabila kau masuk ke dewan utama, semua maklumat ada di dalam… eh ... oleh sebab aku sudah buang air liur untuk bercerita, lagi kuat alasan kau kena ikut aku. Sakura akan mengamuk kalau aku tak tayang muka, sebab ini Majlis Amal yang dihadiri oleh separuh rakan-rakan ibu bapa aku."

“Ayah dan ibu kau tak hadir?”

“Mereka melawat nenek aku yang sakit semalam, aku ni pun baru pulang daripada kampung nenek.”

“Macam mana Sakura boleh paksa kau datang jika macam tu? Kau tak beritahu dia kah bahawa nenek kau sakit.”

“Ah, alangkah bagusnya jika keadaan semudah itu.”

"Maksud kau?"

“Sakura telah menelefon ayah dan ibu aku semalam dan bertanya khabar. Namun nenek yang menjawab telefon dan mengaku bahawa dia tidak sakit terlalu serius, hanya sakit rindu pada anak dan cucunya.”

“Oh, apalah yang Sakura katakan sampai nenek kau memberi pengakuan sebenar.”

“Sakura memang licik. Dia memandai-mandai buat janji kepada ibunya bahawa aku akan datang. Ibunya pula baik dengan nenek aku. Dan...  Itachi pula sudah sahkan kehadiran dia dengan persetujuan nenek, jadi aku tiada alasan untuk elakkan diri daripada majlis ini.”

"Memang kau tak boleh melarikan diri... Haha." Naruko berpuas hati apabila mendapat tahu Itachi dapat mengenakan Sasuke yang sukar untuk dipujuk bersosial itu. Dia amat berasa puasa hati, tapi dia pun tidak faham kenapa. Mungkin dia hanya suka melihat Sasuke terseksa sekali sekala.

Sasuke berhenti di hadapan sebuah pintu, dan mengeluarkan sebuah sampul daripada poket kotnya dan menyerahkan pada Naruko, “Baca ini, kau cukup bijak untuk sedar hakikat malam ini.’ Sasuke kemudian membuka pintu dan masuk ke dalam lalu meninggalkan Naruko.


Naruko membaca sampul itu yang berisi surat jemputan majlis amal. Kad itu menyatakan bahawa bapa Sakura, Encik Haruno telah mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Fire Country baru-baru ini. Maka mereka telah mengadakan majlis amal untuk mengucapkan terima kasih kepada Metro itu sambil mengutip dana.

Naruko sedar dia ditinggalkan Sasuke lalu bergegas menuruti langkah Sasuke memasuki lorong demi lorong sehingga mereka tiba di hadapan sebuah bilik. Ketika itu Naruko sedang membaca atur cara majlis itu, dan dia terus tersengih. Kali ini dia berlari-lari anak ke arah Sasuke.


“Ah, ada acara lelongan amal jejaka terhangat Konoha. Hahahha, jadi kau marah-marah tidak mahu pergi kerana Sakura akan ‘melelong’ kau untuk tabung amal rupanya."

Sasuke hanya mendengus sambil menjeling Naruko untuk sesaat.

Naruko ketawa terbahak-bahak, "Hahaha, tak sangka sejak aku tinggalkan Konoha kau tak banyak berubah, dan, Sakura masih menjual kehenseman kau untuk kepentingan dia."

Sasuke membuat muka tak tahu dan akhirnya berhenti di luar sebuah bilik. Dia mengetuk pintu bilik itu dan sejurus kemudian membukanya tanpa kisah reaksi orang di dalamnya. Di dalam bilik itu ada seorang wanita muda berambut coklat paras bahu sedang sibuk menyusun baju di rak gantung. Wanita itu menoleh ke arah mereka sejurus pintu terbuka.

 

Sasuke melemparkan senyuman kepada wanita itu dan berkata, "Selamat malam Miranda, ini Naruko teman saya untuk majlis malam ini. Tolong dia ya."

Wanita yang dipanggil Miranda itu menjawab sambil tersenyum, "Ya, masuklah Encik Sasuke. Tinggalkan dia dengan saya, saya rasa saya ada sesuatu yang sepadan dengan warna matanya."

 

Sasuke berjabat tangan dengan Miranda dan berpesan, "Aku akan kembali untuk dia tau Miranda, jangan bagi dia merayau," ujar Sasuke sebelum dia berangkat pergi.

“Aku bukan budak kecik la Sasuke, aku tak perlukan babysitter… tapi kau nak ke mana?” Naruko segera menutup mulutnya apabila dia sedar bahawa dia menjerit seperti kanak-kanak di rumah orang.

“Haha, jumpa nanti. Aku mahu kau menyesuaikan diri dengan majlis jadi aku mahu kau berhias juga.” kata Sasuke tergelak sinis.


"Yelah, yelah. Yang penting kau hantar aku pulang sebelum kedai tutup. Aku nak pergi beli barang ni."

Sasuke ketawa lagi dan terus beredar. Namun Naruko tetap berdiri di muka pintu walaupun Sasuke sudah berlalu pergi. Dia mendengus dalam hati.

 

Apa aku nak buat ni? Adakah aku nak duduk di sini sahaja. Ini dahlah rumah orang dan aku boleh dianggap sebagai penceroboh sebab Sakura tak tau pun aku akan ke rumahnya. Ahhh… macam mana?!

 

Miranda yang melihat Naruko masih tercegat terus mengajaknya ke dalam. “Cik, Cik, mari masuk ke dalam dan tutup pintu. Duduk sebentar di atas katil tu ya.”

 

Naruko mengeluh, dia sepatutnya beredar sejurus selepas bertemu Sasuke tadi. Nah lihat, apakah yang telah dia lakukan kepada dirinya.


Memang Naruko langsung tidak sangka akan bertembung dengan Sasuke pada hari dia kembali ke Konoha. Rakan lamanya itu juga tidak langsung bertanya khabar kepadanya, mungkin ada satu dua email tapi Naruko pasti dia telah balas. Cuma mungkin sejak setahun lalu mereka tidak berhubung langsung. Seperti dia katakan tadi hidup berubah.


Pada usia enam belas tahun Naruko memasuki Sekolah Menengah Konoha dan tidak langsung berkawan dengan sesiapa selama lima bulan kerana dianggap terlalu bising, tidak pandai dan berpakaian terlalu hodoh untuk seorang gadis remaja. Namun Sakura telah terlihat wajah Naruko dan bertanya bilakah tarikh gadis itu lahir, sejurus dia tahu Naruko lahir pada bulan Oktober, Sakura terus bertanya jika Naruko ingin menjadi adik angkatnya.

 

Walaupun mereka hanya berbeza bulan sahaja namun Naruko yang dalam kesepian terus bersetuju. Dia tidaklah berasa terganggu atau pun was-was terhadap pelawaan Sakura itu.

Selama seminggu mereka menjadi kakak dan adik angkat, Sakura mengajar Naruko mengenai menjaga penampilan, membawanya membeli-belah (Naruko bersyukur ibu bapanya sudi memberinya elaun shopping yang lumayan), dan cara menghias dirinya. Sakura berkata “Tak kisah kalau tak mekap tebal, tapi berbedak supaya tidak kelihatan penat sebelum akhir hari, sangat penting ok. Apatah lagi selepas dia mendapat tahu bahawa Naruko bercita-cita untuk menjadi pegawai polis seperti ayahnya. Dia mahu Naruko belajar cara menguruskan diri agar kelihatan segak ketika bertugas nanti.

Setiap kali Naruko dibawa membeli-belah Sasuke akan mengambil mereka pada akhir aktiviti untuk makan bersama. Naruko mula-mula segan terhadap lelaki itu kerana dia sentiasa dihurung peminat, dan pernah menganggap Sasuke sombong. Namun setelah sekian lama berinteraksi, dia dapati Sasuke memang berperangai sebegitu. Kadang2 Itachi ikut sama dan Naruko terus menjadi hairan bagaimana abang yang ceria dan peramah mempunyai adik yang serius dan sugul seperti Sasuke.

Hubungan Naruko pada mulanya mengikuti sahaja ke mana Sakura mahu pergi, tapi menjelang enam bulan dia sudah mula muak dengan perangai Sakura dan kadangkala mereka mula bergaduh. Namun mereka bergaduh dan baik semula,  sehinggalah tamat persekolahan.

Dua tahun Naruko di sekolah itu dia menjadi amat rapat dengan Sakura dan Sasuke. Namun dia hanya bersama mereka selama dua tahun dan kemudian dia berpindah ke Suna.

 

Kini, walaupun rupa bukan penting dalam kerjaya polis tapi Naruko gemar berhias untuk ke pejabat. Memang rupa bukan segalanya namun penampilan itu penting untuk tampak profesional dan berintegriti.

sharingansharingansharingansharingansharingan

"Wei, berangan apa?" Sasuke mencucuk pipi Naruko menggunakan jari telunjuknya.

"Wah, apa? Dah tiba balik?"

"Macam mana kau jadi polis pun aku tak taulah Naruko, penjenayah boleh suka-suka hati lalu sebelah dan kau tidak perasan," Sasuke menyindir. Namun di bibir jejaka itu terukir senyuman ikhlas.

Naruko menjeling tajam pada Sasuke dan kembali memerhati penampilannya yang sudah berubah di dalam cermin setinggi manusia itu.

Setelah Sasuke meninggalkannya, Miranda telah menyuruhnya bersiram sebentar dan mengenakan losyen dan perfume. Kemudian dia mengenakan gaun parti berwarna biru muda. Kata Miranda ia sesuai dengan warna matanya. Oleh kerana ia hanya majlis amal maka Miranda hanya mengenakan solekan ringkas kepada Naruko, dan rambut Naruko di ikat ke belakang untuk memudahkan pergerakannya. Miranda kemudian menggulung rambut di tocang Naruko dengan gulungan rambut longgar. Naruko suka kerana dia tidak dipaksa oleh Miranda untuk mendandan rambut panjangnya dalam bentuk sanggul.

Naruko merasakan dia sangat cantik, malahan lebih cantik daripada ketika dia memakai gaun oren untuk promnya di mana dia membawa Sasuke dan Sakura sebagai teman. Ketika itu sebulan sebelun mereka habits sekolah. Mereka menari sepanjang malam dan balik ke rumah Sakura dalam kepenatan dan terus tidur tanpa membuka pakaian, hanya Sasuke yang rajin menukar baju sebelum masuk tidur.

"Tuan puteri, jom," pelawa Sasuke. Kali ini lebih lembut bicara dia. Dia lalu menawarkan lengannya agar Naruko menyambutnya tapi gadis itu nyata keliru, “Buat apa ni?”

Sasuke mendengus kuat sambil Miranda memandang mereka sambil menahan senyum di wajahnya.

“Kau berpaut pada lengan aku ini kerana kita perlu turun ke bawah berjumpa Sakura.” ujar Sasuke tegas.

“Oh, oh ya,” ujar Naruko sambil menggaru-garu sanggul cantiknya.

“Dan, jangan garu rambut sebab kau nampak canggung. Miranda dah hias cantik dah tu,” ujar Sasuke. Dia kemudian berpaling kepada Miranda dan menunduk hormat, “ Terima kasih Miranda, kau akan jadi jurudandan terulung apabila kau tamat belajar nanti.”

“Ahh, Tuan Uchiha, ini biasa-biasa sahaja.” Sasuke mengangguk-angguk kepala tanda memahami ayat-ayat rendah diri Miranda dan kemudian mengangguk kepala kepada Naruko.

“Ok, ok, jom,” Naruko memaut lengan Sasuke dan mereka bergerak untuk mendapatkan Sakura.


Sharingansharingansharingansharingansharingan

Seperti cerita Cinderella, Sasuke membawa Naruko melalui sebuah lorong yang hujungnya ada sebuah tangga menuju ke ruang utama. Naruko berasa seperti seorang hipokrit berpakaian secantik itu untuk semalam sahaja. Dia berasa seperti..

“Cinderella,” nama itu terukir di bibir Naruko.

“Kau bukan cinderella,” Sasuke mencelah.

Naruko berasa segan apabila dia tersebut apa yang terlintas di dalam fikirannya. Namun dia lebih terganggu dengan kata-kata Sasuke. Walaupun dia tahu dia memang bukan Cinderella, kerana Cinderella hanya gadis yang tiada keberanian diri untuk mencari jawapan segera untuk keluar daripada kemelut hidupnya. Setelah didera bertahun-tahun jalan penyelesaiannya hanya untuk keluar secara sulit untuk menghadiri majlis makan malam di istana dan berharap si putera menyelamatkannya.

Sasuke meletakkan tangan di bahu Naruko dan berdiri bertentangan dengannya, “Dia hanya gadis yang berpakaian cantik untuk memikat hati putera raja. Kau lebih daripada itu Naru, kau berpakaian cantik malam ini kerana aku paksa kau. Ini semua mainan masyarakat sahaja, dan yang sebenar ialah kita di luar sana yang hari-harinya minum kopi kerana perlu bekerja sehari suntuk mencari rezeki. Dah, usah rasa rendah diri lagi, anggap sahaja ini hiburan macam pergi karaoke. Kau lebih daripada gain cantik ini.”

Sasuke memberikan senyuman sinis kepada Naruko dan dengan suara lebih lembut, dia berkata. “Jom, sudah-sudahlah berfikir secara kritis.”

Kali ini hati Naruko berasa lebih tenteram. Betul, ini hanya hiburan sahaja dan dia berada di Metro Konoha untuk berkhidmat, dan bukan untuk bersosial. Setelah malam ini berlalu entah bila agaknya Naruko ada masa untuk berhibur lagi. Dia sedar tentang tahap keseriusan kes Sharingan yang akan dihadapinya itu. Dia sedar dia sepatutnya menikmati malam ini sepenuhnya.

Fikirannya masih terikat pada vigilante-vigilante itu yang masih belum dapat ditentukan motif mereka, dan kerana itu Sakura perlu bekerja keras dalam penyiasatan itu. Hiburan yang ada di depan matanya memberi dia peluang untuk bernafas sebentar sebelum menjalankan tugasnya dengan lebih fokus. Kushina Uzumaki, ibunya kerap kali mengingatkan kepada anaknya itu untuk sentiasa memberi masa kepada diri sendiri untuk memerhati keadaan sekitar apabila tiba di sesuatu tempat. Naruko tersenyum, mungkin ini peluang yang sesuai untuk dia melihat orang-orang yang menggerakkan ekonomi Konoha. Mungkin ada jawapannya di situ.

Berbekalkan motivasi itu Naruko menuruni anak-anak tangga sambil berpaut pada lengan Sasuke, tiba-tiba dia berasa jalan ke bawah terlalu jauh. Nasib baik Miranda bersetuju untuk memberikan dia memakai ‘kitten heels’ atau kasut tinggi yang tumitnya hanya dua cm. Tidaklah nanti Naruko tersembam sujud di lantai marble jika tersadung

Dia menuruni tangga itu, yang nampaknya agak jauh juga. Setibanya dia di anak tangga dua puluh terakhir dia mula perasan semua tetamu yang di bawah mulai  memandangnya. Ketika itu Naruko merasa sangat segan, segan kerana semua perhatian tertumpu padanya. Bukan selalu dia mendapat perhatian sebegini. Lalu dia memalingkan mukanya kepada Sasuke, dan dia baru terfikir mungkin Sasuke juga faktor yang menarik perhatian tetamu memandang ke arah mereka.

Jejaka itu mengenakan kot dan seluar berwarna kelabu dengan kemeja hitam di dalamnya. Pada Naruko dia kelihatan sangat kacak dan tatkala itu Naruko terfikir alangkah bertuahnya mereka yang memiliki Sasuke. Naruko teringatkan kata-kata Sasuke padanya sebentar tadi dan segera senyum.

Setibanya mereka di bawah, Naruko menghalakan pandangannya kepada ruang utama itu dan nun di atas pentas utama dia nampak Ino Yamanaka sedang memegang mikrofon untuk memulakan tugasnya sebagai pengacara malam itu.

“Encik Uchiha Sasuke sudah tiba di majlis, bersama si cantik manis, Cik Uzumaki Naruko. Wah, lama tak jumpa Naru!” Ino separa berteriak pada mikrofonnya.

“Selamat datang sekali lagi ke Majlis Amal anjuran Yayasan Amal Konoha dan pasangan Tuan dan Puan Haruno. Kami akan memulakan acara utama sebentar lagi, saya Chouji Akimichi bersama pasangan saya Ino, kami akan menemani anda sepanjang acara malam ini.”

Naruko tersenyum lebar apabila mendapati rakan sekolah lamanya Chouji turut berada di atas pentas. Dia tertanya-tanya mana lagi rakan mereka berdua yang bernama Shikamaru berada.

Sakura muncul daripada celah-celah tetamu lalu mendekati Naruko dan Sasuke, “Naruko, terima kasih kerana datang. Kalau aku tahu kau berada di Konoha aku sudah jemput sendiri kau awal-awal. Maafkan aku, Maaf!”
 
“Takpe Sakura,” Naruko memegang bahu Sakura dan mereka berpelukan. Sakura melepaskan rangkulan Naruko dan berkata kepada Naruko, “Kau tahu apa yang akan terjadi malam ini?”

“Ahh, mengenai itu. Acara utama ialah lelongan amal jejaka ya?”

“Ya, dan kita tengok siapa dapat Sasuke?” Naruko segera membalas.

“Hmm “Maaf tuan-tuan puteri, patik perlu berjumpa seseorang. Patik mohon mengundur diri.” Sasuke memegang tangan Naruko dan mengucupnya sebelum berlalu pergi.

“Ah, mengapa Sasuke sangat gentleman?” Naruko bertanya kepada Sakura. Pelik apabila Sasuke berkelakuan begitu.

“Hahahha, dia memang begitu. Lagi aku suruh dia berperangai elok, lagi dia buat perangai yang hipokrit macam tu,,” ujar Sakura.

Naruko yang mendengar ayat itu cuba membandingkan Sasuke sekarang dengan Sasuke dahulu, mungkin jejaka itu hanya menganggapnya kawan rapat seperti dulu. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa semacam apabila merasakan yang mungkin Sasuke sekarang ini beraksi lain macam sungguh dengannya.

“Eh jom kita ke meja buffet, aku lapar,” getus Sakura

“Aku teman sahaja, aku baru ke Ichiraku Ramen tadi.”

Sakura ketawa, “Mengenali kau, aku tidak pelik sekiranya kau bertemu ramen tercinta kau dahulu, berbanding rakan-rakan lama. Apa khabar sekarang?”

“Baik-baik sahajaku. Aku ke sini kerana tugas. Ah, nanti aku terangkan lain kali.”

“Aku usik kau saja Naru, aku tau kau pegawai polis yang sibuk.”

“Eh lelongan akan bermulalah!” Tiba-tiba seorang gadis yang sedang memegang tas tangan bertatah batu permata bersuara dengan kuat. Sakura segera menarik tangan Naruko dan mereka bergegas ke meja buffet.

Naruko mula mencari Sasuke atas pentas sambil-sambil dia memilih juadah, dan rupanya rakannya itu sudah ada di atas pentas dengan Itachi dan beberapa orang jejaka Konoha lagi. Naruko hampir tergelak dengan wajah Sasuke yang kelat berbanding Itachi yang tersenyum hebat.

Tiba-tiba jantung Naruko berdegup pantas apabila Itachi memandang tepat padanya sambil mulutnya menyebut namanya sebagai soalan. Semakin hensem nampaknya abang kepada rakan lamanya itu. Itachi pula memberi isyarat kepada Naruko untuk bertemunya sebentar lagi. Naruko tertanya-tanya kenapa.

Forward
Sign in to leave a review.